Nur Athirah binti Khairul AnwarNurul Husna binti Ahmad RidzuanNur Auni Iffah binti Mohd ShukorSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17736E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandSains Islam adalah ilmu yang berasaskan wahyu dan akal dengan menggunakan kaedah kaedah tertentu dalam penyelidikan tanpa bercanggah dengan syarak. Dato’ Dr. Danial bin Zainal Abidin merupakan salah satu tokoh terkemuka yang memainkan peranan dalam mempromosikan integrasi sains dan Is lam. Beliau juga menunjukkan bagaimana prinsip prinsip sains moden dapat diintegrasikan dengan ajaran dan nilai nilai Islam. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah mengkaji sumbangan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin dalam bidang sains Islam sambil menilai r elevansi konsep konsep sains Islam dalam merapatkan jurang antara ilmu agama dan ilmu sains pada era moden menurut pandangan beliau. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Data kualitatif ini diperolehi sepenuhnya melalui peny elidikan dokumentasi dan perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak jasa dan sumbangan beliau dalam bidang sains Islam. Implikasinya, beliau banyak memberikan impak yang besar kepada masyarakat dalam meningkatkan pemahaman terhadap kon sep sains moden yang sejajar dengan konteks Islam. Justeru, kajian ini boleh memberi panduan kepada masyarakat untuk mengetahui sumbangan sumbangan hebat beliau dalam bidang sains Islam.other: Sumbangan, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, Kajian Agama dan Sains, Pemikiran Sains Islam, Pengaruh IntelektualSumbangan Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin dalam Pemerkasaan Sains Islam dan Evaluasi Relevansi Konsep-Konsepnya dalam Mengatasi Jurang Ilmu Agama dan Ilmu Sains pada Era ModenArticle7289