Nur Wahida LokmanAmir Husin Mohd NorSetiyawan Gunardi2024-05-292024-05-2920222022-10-3Lokman, N. W., Nor, A. H. M., & Gunardi, S. (2022). Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Kristian Di Malaysia Menurut Maslahah: The Use of Word Allah by Non-Muslims in Malaysia According to Maslahah. Journal of Fatwa Management and Research, 27(3), 39-49. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no3.4440127-88861830-3010.33102/jfatwa.vol27no3.444https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/444https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13669Vol. 27 No. 3 (2022): May IssueKonflik telah berlarutan antara masyarakat Islam dan masyarakat Kristian di Malaysia apabila pada 2021, rakyat Malaysia dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama itu dan untuk pendidikan dalam komuniti mereka selain daripada konflik yang telah berlaku pada 2003 dahulu. Ini menyebabkan masyarakat Islam merasa tidak berpuas hati serta menunjukkan bahawa masih tiada jalan penyelesaian yang kukuh bagi masalah tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerangkan maksud kalimah Allah dari segi istilah kamus Arab, kamus Melayu dan menurut penganut Kristian. Kajian ini juga akan mengemukakan jenis-jenis maslahah serta menyimpulkan kewajaran penggunaan kalimah tersebut dibenar pakai kepada penganut Kristian di Malaysia menurut kaca mata maslahah. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan daripada sumber primer dan sekunder serta analisis data. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kewajaran penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia adalah tergolong daripada jenis Maslahah Mulghoh, maslahah yang tidak diiktiraf oleh syara’.otherAllah, Islam, Kristian, Maslahah, MalaysiaPenggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Kristian Di Malaysia Menurut MaslahahThe Use of Word Allah by Non-Muslims in Malaysia According to MaslahahArticle3949273