Abdullah, I.I.AbdullahHamil, J.J.HamilDaud, S.S.Daud2024-05-302024-05-3020180127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/26https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15354Kajian ini adalah satu kajian mengenai budaya politik Melayu. Ia membincangkan transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu yang dimanifestasikan selepas terjadinya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Pemecatan tersebut telah melahirkan satu gelombang penentangan masyarakat Melayu Terengganu terhadap UMNO-BN. Penentangan tersebut dapat dilihat menerusi anjakan sokongan masyarakat Melayu daripada UMNO-BN kepada parti oposisi yang lain dengan begitu jelas khususnya PAS. UMNO telah mengalami prestasi terburuknya dalam pilihan raya tersebut. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan dalam empat siri pilihan raya yang terakhir di Terengganu melibatkan PRU tahun 1999, 2004, 2008 dan PRU tahun 2013. Hal ini kerana pertembungan dua parti Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan pilihan raya pasca PRU-10 menunjukkan bahawa Terengganu bukan lagi menjadi negeri selamat buat mana-mana parti politik yang bertanding. Setiap parti dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Hasil kajian menunjukan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10. Namun begitu pasca PRU ke-10 masyarakat Melayu mula melihat bahawa pembangunan bukan lagi semata-mata mengecapi nikmat keselesaan malahan mesti turut disepadukan dengan prinsip keadilan. Pengundi berkecenderungan untuk bertindak dengan memberikan tindakbalas yang negatif kepada kerajaan sekiranya dasar atau pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak memberikan hasil atau faedah ekonomi kepada pengundi dan sebaliknya. Selain itu juga masyarakat Melayu Terengganu juga tidak lagi hanya mementingkan nilai-nilai yang berkait dengan ketuanan Melayu, Islam dan pembangunan semata-mata malahan telah mengambil satu nilai yang baru selaras dengan perkembangan politik semasa. Keperluan terhadap nilai-nilai dalam politik baru seperti keadilan adalah releven dan diterima serta mempengaruhi transformasi budaya politik mereka.TransformasiBudaya PolitikBudaya Politik MelayuBudaya Politik BaruPolitik Baru Pasca PRU Ke-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu TerengganuArticle677431