Muhammad Farid Wajdi Bin Abdul RahimSyed Salim Syed ShamsuddinMohd Anuar Mamat2024-05-282024-05-2820222022-4-282289-426810.17576/jatma-2022-1001-04https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah//jatma-2022-1001-04.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6665Kemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin alRaniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-Ṣalāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-Ṣalāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang.otherFiqah Jawi; manuskrip Arkān al-Ṣalāt; syarat sah solatAnalisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah SolatAn Analysis of the Uniqueness of Malay Fiqh Writings Through the Text of Arkān al-Ṣalāt Manuscript Focusing on the Conditions Required for a Valid PrayerArticle3139101