Wazzainab Binti IsmailRosni Bin SamahAzlan Bin Shaiful Baharum2024-05-302024-05-302024Wazzainab Ismail, Rosni Samah, & Azlan Shaiful Baharum. (2024). Kombinasi Teori Ausubel dan Indikator Faham Ilmu Bayan (TA+IFIB) untuk Pembelajaran Ilmu Balaghah Bagi Pelajar bukan Penutur Jati Bahasa Arab. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 31–32. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf978-629-7636-27-6https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16312E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and ManagementPelajar bukan penutur jati bahasa Arab memberi gambaran bahawa mereka memerlukan bantuan dalam pembelajaran bahasa Arab. Terutamanya ilmu Balaghah yang kompleks dan berlapis makna semantik. Terdapat kriteria Teori Ausubel menyatakan tentang proses menggabungkan dan mengaitkan maklumat semasa dengan pengetahuan sedia ada yang telah dimiliki oleh pelajar. Justeru, teori ini dapat menggalakkan pelajar memikirkan ilmu sedia ada iaitu Nahu, Saraf dan Dalalat yang dipelajari dan seterusnya menggunakan semula maklumat tersebut semasa aktiviti pembelajaran ilmu Balaghah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan dan masalah pelajar yang masih lemah untuk memahami ilmu Balaghah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji hubungan teori Ausubel dan indikator faham ilmu Bayan (TA+IFIB) untuk pembelajaran ilmu balaghah bagi pelajar bukan penutur jati bahasa Arab. Seterusnya membina kerangka Kombinasi Teori Ausubel dan indikator faham ilmu Bayan (TA+IFIB) untuk pembelajaran ilmu balaghah bagi pelajar bukan penutur jati bahasa Arab. Metodologi kajian kualitatif adalah melalui analisis dokumen. Dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang jelas terjalin antara teori Ausubel dan indikator faham ilmu Bayan (TA+IFIB) sebagai usaha membantu pembelajaran ilmu Balaghah bagi pelajar bukan penutur jati bahasa Arab. Kerangka Kombinasi Teori Ausubel dan indikator faham ilmu Bayan (TA+IFIB) memperlihat aplikasi teori kepada penggunaan ilmu yang penting iaitu Nahu, Saraf dan Dalalat untuk menguasai ilmu Balaghah. Kajian merumuskan bahawa ulamak terdahulu menyimpulkan satu situasi yang mapan dalam ilmu. Manakala pakar pendidikan muttakhir menghasilkan dapatan teori daripada ilmu-ilmu yang telah disimpulkan oleh para ulamak terdahulu. Kajian ini berharap dapat membantu pelajar bukan penutur jati bahasa Arab untuk lebih bersemangat dalam penguasaan ilmu Balaghah.otherkombinasi; Ausubel; indikator; faham; ilmu BayanKombinasi Teori Ausubel dan Indikator Faham Ilmu Bayan (TA+IFIB) untuk Pembelajaran Ilmu Balaghah Bagi Pelajar bukan Penutur Jati Bahasa ArabA Combination Of Ausubel Theory and the Indicators Of Bayan Sciences Compression (AT+IBSiC) in Learning Balaghah Sciences for Non-Native Arabic Speaking StudentsArticle3132