Robiatul Adawiyah Mohd2024-05-272024-05-272009https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3816Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang hak yang wajib suami tunaikan kepada isteri yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, antaranya hak mahar, nafkah, komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai hak wanita ke atas suami, lebih-lebih lagi pada era ini terdapat ramai wanita yang masih keliru tentang hak-hak yang wajib diperolehi daripada suaminya, contohnya hak mereka dalam bersuara, bekerja, hak terhadap harta sendiri dan harta sepencarian antara mereka dan sebagainya.otherMarriage (Islamic law)Marriage IssuesHak-Hak Isteri Dalam Perkahwinan Menurut Al-Quran dan Al-SunnahArticle