Hasan Al-Banna MohamedSiti Arni BasirElmi BaharuddinRayyan Cheong Tian Ming AbdullahMahazan Abdul Mutalib @ Talib2026-02-232026-02-232025Hasan Al-Banna Mohamed, Siti Arni Basir, Elmi Baharuddin, Rayyan Cheong Tian Ming Abdullah, & Mahazan Abdul Mutalib@Taib. (2025). Faktor Kritikal Pelaksanaan Sistem Pengurusan Halal (Ms1900) Dalam Institusi Pengajian Tinggi Selepas Pasca Endemik Covid-19. International Journal of Modern Education (IJMOE), 7(24). https://doi.org/10.35631/IJMOE.7240052637-0905549-4410.35631/IJMOE.724005https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/4815https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/29271Indexed by MyCiteSistem Pengurusan Kualiti Halal atau Berasaskan Syariah MS1900:2014 telah diwujudkan di Malaysia sejak tahun 2005. Sistem pengurusan kualiti ini telah disesuaikan ke dalam sistem bertaraf antarabangsa yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), iaitu dikenali dengan 'Sistem Pengurusan Kualiti Halal – Suatu Keperluan' (OIC/ SMIIC 18:2021) yang pertama kali diterbitkan pada Mac 2021. Sistem Pengurusan Kualiti Halal ini amat penting bagi memastikan tadbir urus sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan lebih penting lagi ia menepati piawaian dan mematuhi kehendak Syariah. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dengan merujuk kepada sorotan literatur yang berkaitan menerusi metodologi pembinaan tema atau kategori yang berkenaan. Oleh itu, artikel ini memfokuskan kepada faktor-faktor kritikal yang perlu untuk mengekalkan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti. Antara faktor kritikal yang terlibat ialah komitmen pihak pengurusan, penglibatan pekerja, penekanan kepada nilai moral dan kerohanian, pendidikan dan latihan berterusan, manakala faktor terakhir ialah amalan inovasi dan kreativiti. Faktor-faktor tersebut perlu didokongi dengan pendekatan Islam yang berteraskan Maqasid Syariah agar impaknya bukan sahaja pada aspek luaran, tetapi juga merangkumi aspek Insaniyyah (kerohanian) dan diberkati demi mencapai kejayaan sebenar (Al-Falah), demi kejayaan dunia dan akhirat.msHalal (Halal)Insaniyyah (Kerohanian) (Insaniyyah (Spiritual)Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (Shariah-Based Quality Management System)MS 1900:2014 (MS 1900:2014)Kelestarian (Sustainability)Faktor Kritikal Pelaksanaan Sistem Pengurusan Halal (Ms1900) Dalam Institusi Pengajian Tinggi Selepas Pasca Endemik Covid-19The Critical Factors In Implementing Halal Management Systems (Ms1900) In Higher Education Institutions After The Covid-19 Endemictext::journal::journal article8098724