Arnida Abu BakarLubna Abd Rahman2024-05-272024-05-2720212021-10-282504-8562425-3210.47405/mjssh.v6i3.685https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4008Kajian ini memfokuskan penterjemahan makna unsur budaya dalam novel Arab yang bertajuk “Saacah Baghdad: Riwayah” ke bahasa Inggeris melalui aplikasi e-Translasi Google. Budaya dimiliki oleh masyarakat tertentu dan dipraktikkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain dalam satu kelompok manusia berdasarkan tempat dan situasi. Budaya mempunyai kaitan dengan norma serta tatacara hidup dan bahasa yang dipertuturkan dalam masyarakat tersebut. Unsur budaya yang terbahagi kepada budaya kebendaan (material) dan budaya bukan kebendaan (bukan material). Bagi penterjemahan makna unsur budaya tersebut, selalunya berlaku kesulitan dan cabaran yang dihadapi bagi mendapatkan kesepadanan makna kata budaya tidak kira sama ada oleh penterjemah itu sendiri mahupun mesin yang mengendalikan terjemahan atau aplikasi e-Translasi seperti Google Translate (GT). Kesukaran ini disebabkan oleh jurang serta kelainan budaya dan bahasa yang wujud antara teks sumber dan teks sasaran. Faktor inilah yang mendorong pengkaji untuk melakukan kajian berkaitan unsur budaya antara dua bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menelusuri penterjemahan makna unsur budaya yang dilakukan oleh Google Translate dalam novel Arab "Saacah Baghdad: Riwayah" ke bahasa Inggeris. Kajian turut meninjau pendekatan terjemahan yang digunakan oleh aplikasi tersebut bagi membekalkan makna yang dikehendaki dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh menjelaskan lagi mesej yang hendak disampaikan ke dalam bahasa sasaran. Kajian menganalisis sampel unsur budaya terpilih berdasarkan kategori yang diketengahkan oleh Newmark (1988) serta berpandukan kamus atas talian (almaany dan Merriam-Webster) bagi mendapatkan ketepatan maksud yang dikehendaki. Kajian mendapati aplikasi e-Translasi Google menghadapi kesukaran dalam menterjemah makna unsur budaya dengan baik, di samping berlaku penyelewengan makna dalam membekal dan menyalurkan maklumat ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan disiplin terjemahan dengan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi yang dikendalikan oleh Google Translate, terutamanya dalam terjemahan unsur budaya. Kajian ini diharap dapat membantu pengkaji dalam bidang penterjemahan khususnya berkaitan elemen budaya dan terjemahannya antara dua bahasa.unsur budaya, aplikasi e-Translasi, google translate, novel Arab, bahasa InggerisPenterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab “Saa'ah Baghdad: Riwayah” ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi GoogleThe translation of Cultural Elements in the Arabic Novel "Saa'ah Baghdad: Riwayah" into English via Google e-TranslationArticle697963