Nur Aina AbdulahNur Al-Farhain KamaruzamanMashitah Abdul MutalibNurul Ain Hazram2025-02-132025-02-132024Nur Aina Abdulah, Nur Al-Farhain Kamaruzaman, Mashitah Abdul Mutalib, & Nurul Ain Hazram. (2024). Pertembungan Maslahah dan Mafsadah: Analisis Terhadap Undang-Undang Rogol Statutori Malaysia. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 85–92. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26284E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiSyariat Islam yang komprehensif terbina atas dasar untuk memberikan maslahat (kebaikan) dan menolak sebarang bentuk mafasadah (keburukan atau kerosakan). Konsep maslahah dan mafsadah ini menjadi asas dan tunjang kepada penetapan sesuatu perkara. Dalam isu undangundang rogol statutori Malaysia atau dikenali juga sebagai undang-undang rogol bawah umur terdapat pertembungan antara maslahah dan mafsadah. Ia dapat dilihat daripada definisi peruntukan ini yang membawa maksud persetubuhan luar nikah yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan perempuan yang berumur di bawah 16 tahun sama ada dilakukan secara paksa atau sukarela. Kerelaan dan persetujuan oleh perempuan tidak menjadi material dalam peruntukan ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan remaja perempuan daripada diambil kesempatan secara seksual oleh pihak tertentu. Permasalahannya adalah kebanyakan kes yang disabitkan dalam peruntukan ini merupakan hubungan seksual secara sukarela, ‘suka sama suka’, yang dilakukan oleh remaja sekitar umur 13 hingga 16 tahun. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen-elemen maslahah dan mafsadah yang terdapat dalam undang-undang rogol statutori ini dari perspektif syariah. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan melalui dokumen, iaitu kitab-kitab fiqh dan Kanun Keseksaan yang kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat pertembungan antara elemen maslahah dan mafsadah dalam peruntukan ini. Perlindungan seksual kepada kanak-kanak dan remaja perempuan adalah maslahah yang perlu dipelihara, namun beberapa mafsadah lain yang timbul daripadanya perlu diteliti semula demi kesejahteraan sosial dan pemeliharaan keturunan (hifz al-nasab) dalam Islam.msMaslahahMafsadahPersetubuhan Luar NikahRogoh Bawah UmurRogol Statutori.Pertembungan Maslahah dan Mafsadah: Analisis Terhadap Undang-Undang Rogol Statutori Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper