Siti Rubaini MatSiti Alyani Mat2025-10-092025-10-092025Siti Rubaini Mat & Siti Alyani Mat. (2025). Pengenalan Kepada Kombucha: Sejarah, Proses Penapaian dan Kandungan Pemakanan. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2025 (SAIS 2025), 709–722. https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_link3083-8711https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_linkhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27739Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2025 (SAIS 2025) / “Merentas Generasi: Naqli dan Aqli Pemangkin Transformasi Ummah”. Editor: Latifah Abdul Latiff, Junaidah Abu Seman, Rezki Perdani Sawai, Setiyawan Gunardi,Azman Ab Rahman 9 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMKombucha ialah minuman teh hasil penapaian oleh kultur simbion bakteria dan yis (SCOBY) yang semakin mendapat perhatian global sebagai minuman berfungsi. Kajian ini bertujuan menghimpunkan maklumat sekunder mengenai sejarah, proses penapaian, komposisi bioaktif, dan potensi manfaat kesihatan kombucha, di samping menilai jurang pengetahuan serta arah kajian masa depan. Analisis literatur menunjukkan kombucha mengandungi pelbagai komponen bioaktif seperti polifenol, asid organik, vitamin, dan probiotik yang berperanan dalam meningkatkan kesihatan usus, metabolisme, dan perlindungan antioksidan. Walaupun bukti in vitro dan haiwan banyak menyokong kesan positif ini, kajian klinikal manusia masih terhad dan belum mampu memberikan kesimpulan muktamad. Perbincangan juga menekankan isu keselamatan yang berpunca daripada variasi proses penapaian, risiko pencemaran, dan kandungan etanol yang perlu dikawal untuk memastikan kualiti produk konsisten. Dalam konteks Malaysia, potensi pasaran kombucha dijangka berkembang, tetapi faktor penerimaan pengguna, pematuhan piawaian halal, dan strategi pemasaran berkesan perlu diberi tumpuan. Cadangan masa depan melibatkan pelaksanaan kajian lapangan terhadap penerimaan pengguna tempatan, kajian klinikal manusia, serta inovasi teknologi dalam proses pengeluaran kombucha. Kajian rentas disiplin turut diperlukan untuk menghubungkan aspek sains makanan, kesihatan, dan pemasaran. Secara keseluruhan, kombucha memiliki potensi besar sebagai minuman berfungsi, namun pengesahan saintifik yang lebih menyeluruh amat diperlukan sebelum ia boleh diterima secara meluas di Malaysia.msKombuchapenapaianminuman berfungsiPengenalan Kepada Kombucha: Sejarah, Proses Penapaian dan Kandungan Pemakanantext::conference output::conference proceedings::conference paper709722