Malki Ahmad NasirM. Mustaqim Bin M. ZarifAhmad K. Mohamed2024-05-282024-05-2820161858-3245https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4456Kesarjanaan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (m. 1847) dalam pelbagai bidang agama tidak diragukan lagi, tidak terkecuali bidang tafsir. Namun begitu, berbanding dengan bidang-bidang lain, kajian mengenainya masih sangat terbatas walaupun usaha untuk mentafsirkan al-Quran dan memperkenalkan tafsirannya ke khalayak orang awam adalah suatu sumbangan yang sangat besar. Ini kerana, mentafsirkan al-Quran bukanlah pekerjaan yang sangat mudah, bahkan memerlukan ilmu dan kefahaman yang sangat meluas. Justeru, makalah ini bertujuan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam. Secara khasnya, ia terfokus untuk menganalisis beberapa aspek mengenai corak dan metode pentafsiran al-Quran Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam surah Yusuf dan al-Isra� yang terkandung dalam karyanya Jam� al-Fawa�id wa Jawahir al-Qala�id. Rumusan kajian ini diharapkan dapat melengkapi pengetahuan tentang ketokohan beliau dalam mentafsirkan al-Quran dalam konteks pemikiran Islam di Alam Melayu pada abad kesembilan belasen-USMetode Tafsir Al-Quran Syeikh Dawud Al-FataniArticle6473102