Nor Hafiza HaronSupyan HussinAhmad Rizal Yusoff2024-05-302024-05-302020-05Haron, N. H., Hussin, S., & Yusoff, A. R. (2020). Penerimaan Teknologi Massive Open Online Course (Mooc) Di Kalangan Pelajar Di UKM: Satu Kajian Rintis: Teknologi. Sains Insani, 5(1), 142-147. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no1.142eISSN 0127-787110.33102/sainsinsani.vol5no1.142https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/142https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15203Vol. 5 No. 1 (2020): Jurnal Sains InsaniDewasa ini, pembelajaran atas talian telah menjadi kaedah utama dalam pengajaran dan pembelajaran terutama di institusi pengajian tinggi. Beberapa tahun yang lalu telah dilihat kemunculan platform MOOC atau Massive Open Online Course yang menjadi tren untuk kaedah pembelajaran secara jarak jauh. Secara amnya, MOOC disarankan oleh Kementerian Pendidikan dan terdapat dalam agenda negara yang dikemukakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). Pelan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh institusi pengajian tinggi untuk mewujudkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam era globalisasi. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengkaji penerimaan teknologi MOOC di kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menggunakan Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT). Data kajian telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Beberapa pembolehubah yang digunakan adalah; jangkaan prestasi (performance expectancy), jangkaan usaha (effort expectancy), pengaruh sosial (social influence), keadaan kemudahan (facilitating conditions) dan niat tingkah laku (behavioural intention). Kajian ini mendapati bahawa kesemua pembolehubah UTAUT yang digunakan dalam kajian didapati mempunyai hubungan positif ke atas niat tingkah laku untuk menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran dalam talian. Hasil kajian ini amat berguna untuk memahami MOOC bagi semua pelajar yang mengaplikasikan teknologi ini sebagai platform pembelajaran mayaotherpembelajaran, MOOC, UTAUT, institusi pengajian tinggi, Pembelajaran Sepanjang Hayat.Penerimaan Teknologi Massive Open Online Course(MOOC) Di Kalangan Pelajar Di UKM: Satu Kajian RintisThe Acceptance of Massive Open Online Learning (MOOC) among UKM Students: A Prelimenary StudArticle14214751