Ahmad @ Abdul Rahman, Ahmad YazidAhmad YazidAhmad @ Abdul Rahman2024-05-302024-05-302015-10-29https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17839Modul latihan bacaan pantas telah dibangunkan oleh Perpustakaan USIM untuk diajarkan kepada semua golongan yang bersesuaian di Malaysia. Modul ini dibangunkan untuk membantu meningkatkan kadar pembacaan serta membina budaya intelek dalam setiap individu yang telah mengikutinya. Usaha mengadakan bengkel dan latihan telah dilakukan di pelbagai agensi termasuklah di sekolah menengah kecuali sekolah rendah. Satu kajian telah dilaksanakan untuk melihat pencapaian peserta dilakukan dalam kalangan pelajar di sekolah rendah iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2, Seremban. Antara objektif kajian ialah untuk mendapatkan maklumat berkaitan peningkatan kepantasan bacaan peserta sebelum dan selepas pengajaran, untuk mengenal pasti kadar bacaan peserta, dan untuk mengenal pasti tahap bacaan peserta berdasarkan klasifikasi atau pengelasan bacaan pantas. Setiap peserta diberikan tunjuk ajar kaedah bacaan pantas serta latihan-latihan bacaan. Masa pembacaan peserta diukur dan dikira berdasarkan setiap ujian bacaan yang diberikan. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk menambahbaik modul supaya sesuai untuk peserta di peringkat sekolah rendah.otherBacaan Pantas Di Sekolah Rendah: Kajian Terhadap Pencapaian Pesertatext::conference output::conference proceedings::conference paper