Wan Ali Akbar Wan AbdullahNursafra Mohd ZhaffarMohd Hidayat Bin MahadiRossidi Bin Usop2024-12-132024-12-1320242024-12-13Wan Ali Akbar Wan Abdullah,Nursafra Mohd Zhaffar,Mohd Hidayat Bin Mahadi & Rossidi Bin Usop (2024). Peranan Pentadbir Sekolah dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran Guru : The Role of School Management in Fostering Innovative Teaching. ‘Abqari Journal. 31, (2),32–47. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol31no2.647.2232-04311855-510.33102/abqari.vol31no2.647https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25579https://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/647/348‘Abqari Journal. Volume 31 Issue 2 Page (32–47)Inovasi adalah kepakaran yang mesti dimiliki oleh pekerja di masa hadapan. Guru juga mesti memiliki kepakaran berinovasi agar kualiti pengajaran yang diberikan mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Namun, pelbagai kekangan perlu dihadapi oleh para guru menyebabkan mereka sukar untuk berinovasi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang dikesan konsisten menghasilkan inovasi. Fenomena ini menarik untuk diterokai. Kajian ini dijalankan untuk meneroka peranan yang dimainkan oleh pentadbir di peringkat sekolah dalam merangsang guru inovatif berinovasi. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kes. Seramai tujuh peserta kajian terlibat. Peserta kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dan dijejak menggunakan teknik bola salji. Data dikutip melalui temu bual secara separa berstruktur dan mendalam serta dianalisis dengan bantuan aplikasi NVivo. Kesahan dan keboleh percayaan data diperoleh melalui triangulasi, pengesahan peserta, berada lama di lapangan dan semakan protokol oleh pakar. Dapatan menunjukkan pentadbir di sekolah mengambil lima peranan untuk merangsang penghasilan inovasi di kalangan guru, iaitu; 1) sebagai pencetus budaya kerja inovatif, 2) komunikasi lisan, 3) memanfaatkan inovasi dalam program sekolah, 4) sama-sama berinovasi, dan 5) 33 memanfaatkan kepakaran guru inovatif sedia ada. Dapatan kajian memberi panduan kepada para pentadbir untuk menyusun langkah agar berjaya mewujudkan budaya pengajaran inovatif di sekolah mereka.msPengurusan sekolahsokongan pengurusanmotivasi luaranpengajaran inovasiguru inovatifPeranan Pentadbir Sekolah Dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran GuruThe Role of School Management in Fostering Innovative Teachingtext::journal::journal article::research article3247312