Abdulloh SalaehZamrie Ibrahim @ MusaSyed Najihuddin Syed HassanAdnan Mohamed YusoffMesbahul HoqueNurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi2026-01-062026-01-062025Abdulloh Salaeh, Zamrie Ibrahim @ Musa, Syed Najihuddin Syed Hassan, Adnan Mohamed Yusoff, Mesbahul Hoque, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi. (2025). Tok Pulai Chondong: Sumbangan dan Jaringan Intelektual Ulama Patani dalam Pengembangan Tradisi Keilmuan di Alam Melayu. Seminar Serantau Kearifan Nusantara Ke-VI , 142–154. https://drive.google.com/file/d/1gm8wRgsWHKG4uv7yp914dFWaMu27t1Hf/view3122-7139https://drive.google.com/file/d/1gm8wRgsWHKG4uv7yp914dFWaMu27t1Hf/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28353Seminar Serantau Kearifan Nusantara Ke-VI : “Memperkasakan Kearifan Melayu Berteraskan Al-Quran Dan Al-Sunnah Dalam Pemantapan Masyarakat Madani Nusantara”\ Disunting oleh: Dr Abdulloh Salaeh, Prof. Madya Dr Syed Najihuddin Syed Hassan, Dr Nidzamuddin Zakaria, Prof Dato’ Dr Adnan Mohamed Yusoff, Dr Norhasnira Ibrahim, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies 16-17 September 2025Kajian ini membincangkan peranan seorang ulama tersohor dari Kelantan, Tok Pulai Chondong atau nama sebenarnya Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah (1792–1873), dalam memperkasa dan menyebarkan ilmu Islam tradisional di Alam Melayu. Tokoh ini bukan sahaja berpengaruh di tanah kelahirannya, malah mempunyai hubungan rapat dengan jaringan ulama Patani yang terkemuka, antaranya Syeikh Daud al-Fatani dan Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti jaringan intelektual beliau serta sumbangannya dalam memperkukuhkan kesinambungan tradisi ilmu di rantau ini, kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan dengan menganalisis artikel, manuskrip, karya terdahulu, dan catatan biografi. Melalui penelitian terhadap latar pendidikan, hubungan kekeluargaan, penulisan karya, serta pembinaan pondok pengajian di Pulai Chondong, kajian ini berjaya mengenal pasti kedudukan Tok Pulai Chondong sebagai seorang pendidik, penulis, dan tokoh tarekat yang beramal dengan wirid serta hizib, bahkan dikenali dengan keistimewaan karamah yang diakui masyarakat setempat. Hasil kajian mendapati beliau telah melahirkan ramai murid berpengaruh di Alam Melayu dan memainkan peranan penting dalam menghubungkan tradisi keilmuan Islam berasaskan sanad pengajian yang mantap. Penulisan ini menegaskan bahawa jaringan ulama Nusantara yang didukung oleh Tok Pulai Chondong menjadi asas kepada kelangsungan dan perkembangan tradisi keilmuan Islam di Alam Melayu.msTok Pulai Chondongjaringan intelektualulama Pataniilmu tradisionalAlam Melayuintellectual networkPatani scholarstraditional knowledgeMalay worldTok Pulai Chondong: Sumbangan dan Jaringan Intelektual Ulama Patani dalam Pengembangan Tradisi Keilmuan di Alam Melayutext::conference output::conference proceedings::conference paper142154