Mualimin Mochammad SahidBaidar Mohammed Mohammed HasanNabilah Yusof @ Abdul Rahman2026-01-082026-01-082025Mualimin Mochammad Sahid, Baidar Mohamed Mohammed Hasan, Nabilah Yusof. (2025). Penguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa Kini. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 36-45. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/202https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/202https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28435Penguasaan Bahasa Arab dan kemahiran memahami kitab turath merupakan elemen asas yang membentuk kompetensi profesional dan autoriti ilmiah dalam profesion guaman syarie. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kedua-dua aspek tersebut sebagai teras keilmuan yang menyokong keupayaan peguam syarie dalam memahami, menghujahkan dan menafsir hukum berdasarkan sumber Islam yang autentik. Dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis ini menelusuri pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk kitab fiqh mazhab Syafie, karya usul al-fiqh, artikel akademik, laporan institusi kehakiman, dan dokumen latihan guaman syarie. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kesedaran terhadap keperluan penguasaan Bahasa Arab dan turath semakin meningkat, tahap penguasaan sebenar masih sederhana disebabkan kekangan masa, kekurangan bahan bantu moden, serta pendekatan pengajaran yang tidak berorientasikan aplikasi praktikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penggubalan kurikulum latihan guaman syarie yang menekankan integrasi Bahasa Arab, ilmu turath, dan teknologi digital secara menyeluruh bagi memperkukuh kompetensi peguam syarie masa kini. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa penguasaan dua komponen ilmu tersebut bukan sekadar nilai tambahan akademik, tetapi merupakan keperluan strategik bagi memastikan profesionalisme, kewibawaan, dan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dalam sistem perundangan syariah negaramsArabic LanguageTurath TextsSyarie LawyerCompetencySyariah JudiciaryLegal TrainingIslamic LawPenguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa KiniMastery of the Arabic Language and Turath Texts as Core Competencies for Contemporary Syarie Lawyerstext::conference output::conference proceedings::conference paper3645