Ahmad Bazli Bin Ahmad HilmiZulkarnin ZakariaMahiz Spawi2024-05-282024-05-282017Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no.1 (2017) page 194–207| gbse.com.my | eISSN 24621714|2289-99441856-7http://gbse.com.my/v1no1jan17/Paper-18-BM-.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5316Lanskap pendidikan negara semakin melangkah ke hadapan dengan lahirnya pelbagai institusi tahfiz yang menggabungkan kurikulum akademik dan tahfiz Al-Quran. Kepelbagaian pendekatan dan pembinaan modul hafazan yang dibuat di setiap institusi memberikan satu peluang unik untuk dinilai, diperhalusi dan seterusnya diangkat sebagai amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajian Al-Quran. Berdasarkan penilaian yang dijalankan terhadap modul-modul yang sedia ada, kajian ini mengetengahkan modul pendidikan al-Quran yang holistik dan tidak terhad kepada hafazan al-Quran sahaja. Modul Pendidikan Al-Quran PERMATA Insan ini merangkumi hakhak al-Quran terhadap manusia iaitu al-qiraat, al-hifz, al-fahm, al-�amal dan al-tabligh. Konsep asas yang menjadi landasan pembinaan modul adalah menggunakan pendekatan VARK (Visual, Aural, Read/write, and Kinesthetic). Modul ini juga mengambil kira pendekatan digunapakai dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar berbakat yang dikenali dengan Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT). Selain itu penggunaan teknologi semasa dalam pendidikan Al-Quran turut diaplikasikan dalam pembangunan modul tersebut. Komponen modul ini jika diukur berdasarkan Taksonomi Bloom meliputi tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Modul ini diharapkan dapat menjadi panduan dan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan yang ingin melaksanakan program pengajian al-Quran.enpendidikan al-Quran,pintar berbakat,DMGT,VARKPembinaan Modul Pendidikan Al-quran Untuk Pelajar Pintar Berbakat: Pendekatan Di Kolej Permata InsanThe Development Of Quran Education For Gifted And Talented Students: Permata Insan College’s TouchArticle11361