Syed Muhammad Adib Termizi al-Jafari2025-02-132025-02-132024Syed Muhammad Adib Termizi al-Jafari. (2024). Pemberian Hadiah Kepada Golongan Bukan Islam Pada Hari Kebesaran Mereka; Antara Wala Dan Ihsan: Kajian Di Singapura. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 48–54. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26289E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiKeharmonian hubungan antara masyarakat berbilang bangsa dan agama hanya dapat dipertahankan melalui interaksi yang sihat di antara mereka serta saling bertolak ansur. Salah satu bentuk interaksi antara kaum yang terdapat di Republik Singapura adalah memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka. Bentuk interaksi sebegini tidak dapat di terima oleh sebahagian masyarakat Islam yang berkeyakinan bahawa ia berada di dalam lingkaran wala yang diharamkan. Justeru kertas kerja ini bertujuan menghuraikan perbezaan di antara wala dan juga ihsan supaya ia dapat dijadikan panduan dan batasan dalam interaksi antara agama. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan mengumpulkan pandanag para ulama bahasa arab dan tafsir dalam menghuraikan perbezaan makna wala dan ihsan. Metode pemerhatian juga diterapkan bagi melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam di Singapura dalam persoalan ini untuk mendapatkan panduan hukum terhadapnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka adalah daripada perkara keihsanan yang digalakkan dan bukannya daripada wala yang dihramakan.msMasyarakatKeharmonian KaumSingapuraWalaIhsanPemberian Hadiah Kepada Golongan Bukan Islam Pada Hari Kebesaran Mereka; Antara Wala Dan Ihsan: Kajian Di Singapuratext::conference output::conference proceedings::conference paper