Lukman Abdul MutalibWan Abdul Fattah Wan IsmailSyukran BaharuddinHasnizam HashimZulfaqar MamatNorma Yusof2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16933PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaPengesahan taraf adalah satu anugerah yang sangat berharga kepada seseorang anak dan kedua-dua ibu bapa. Justeru, Islam menganjurkan setiap anak yang lahir dilakukan ibadah akikah sebagai tanda syukur di samping menghebahkan nikmat Allah SWT ini kepada masyarakat. Antara hikmat dari ibadah ini ialah agar anak itu membesar dengan emosi yang mantap dan keyakinan diri yang utuh. Namun pada akhir-akhir ini, isu pengesahan taraf anak hangat diperdebatkan bukan sahaja dalam kalangan orang awam bahkan ulama sendiri. Kemuncak kepada isu ini ialah perbicaraan isu ‘bin Abdullah’ di mahkamah sivil yang bermula dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Kertas ini ingin melihat amalan di mahkamah syariah berkaitan pengesahan taraf anak, di samping keselariannya dengan fatwa-fatwa negeri di Malaysia dan pandangan mazhab muktabar dalam hukum fikah Islam. Metodologi yang digunakan bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan library research. Data diperoleh berdasarkan kepada pembacaan terhadap sumber-sumber primer dan sekunder di samping melakukan penelitian terhadap keputusan-keputusan kes mahkamah syariah. Ia dianalisis secara deskripsi menggunakan kaedah induktif, deduktif dan perbandingan. Hasil kajian mendapati amalan di mahkamah bersifat terbuka kepada pandangan pelbagai mazhab. Ia terpulang kepada hakim untuk menjustifikasikan penghakimannya sesuai dengan kemaslahatan yang difikirkan tanpa perlu terikat dengan mana-mana mazhab muktabar.en-USPengesahan taraf anak; isu bin Abdullah; anak zina.Pengesahan Taraf Anak Mengikut Amalan Di Mahkamah Syariah Di Malaysia Dan Hubungannya Dengan Pandangan Mazhab Fikah Muktabar.Article783802