Nor Hamizah Ab RazakAbdul Rashid Abdul AzizNorhafisah Abd RahmanNoradila Mohamed Faudzi2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18534Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Faktor-faktor seperti kemudahan akses media dan teknologi tanpa batasan, pengaruh persekitaran yang negatif, tekanan-tekanan dalam sistem kekeluargaan serta kemunculan bencana telah menyumbang kepada isu masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Dalam berhadapan dengan dunia mencabar ini, kanak-kanak memerlukan elemen resilien sebagai benteng ketahanan diri. Oleh yang demikian, adalah menjadi peranan perkhidmatan bimbingan kaunseling untuk membantu golongan kanak-kanak dalam meningkatkan elemen tersebut. Namun, pendekatan yang ditawarkan perlulah bertepatan dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak. Terapi bermain merupakan salah satu pendekatan yang dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak terutamanya dari aspek fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu modul berstruktur yang berasaskan kepada Terapi Bermain Kognitif Tingkah laku (TBKT) dan Teori Resilien serta Model Pembinaan Modul Sidek (MPMS) sebagai panduan dalam proses pembinaannya. Kandungan modul adalah bersumberkan kepada pembacaan kepustakaan secara kritikal dan analitikal. Draf modul yang terhasil terdiri daripada enam sub modul iaitu terapi pergerakan, terapi seni, terapi tanah liat, terapi pasir, terapi muzik dan terapi puppet. Sub modul tersebut dipecahkan pula kepada 14 aktiviti dan enam unit. Adalah dicadangkan kajian lanjutan dijalankan bagi melihat kesahan dan kebolehpercayaan modul ini Kata kunci: Modul intervensi, resilien, pendekatan terapi bermain, kanak-kanak.otherModul intervensi,resilien,pendekatan terapi bermain,kanak-kanak.Pembangunan Modul Intervensi Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain Dalam Kalangan Kanak-KanakArticle