Iswandi Harahap BurhanuddinAkli AhmadNur Sarah Tajul UrusAbdul Salam Muhamad ShukriMohd Bakri Abu BakarMohd Adlin Salleh2025-02-122025-02-122024Iswandi Harahap Burhanuddin, Akli Ahmad, Nur Sarah Tajul Urus, Abdul Salam Muhamad Shukri, Mohd Bakri Abu Bakar, & Mohd Adlin Salleh. (2024). Analisis Unsur-Unsur Ideologi Songsang dalam Filem Mentega Terbang (2023) Berdasarkan Pandangan Syariah. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 190–199. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26267E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiFilem Mentega Terbang merupakan sebuah filem indie kontroversi terbitan Khairi Anwar yang mewarnai pembukaan tirai 2023. Ia mengisahkan konflik ‘Aisyah, seorang remaja berusia belasan tahun yang masih bersekolah dan sangat menyayangi ibunya yang menderita kanser terminal tahap kritikal. ‘Aisyah berharap selepas mati, ruh ibunya akan tetap bersamanya meskipun dalam transformasi lain. Pemikiran itu muncul selepas dia mempelajari ilmu perbandingan agama. Selain itu, gaya kehidupan moderat dan liberal serta pengetahuan bapanya yang longgar tentang Islam turut mempengaruhi fikiran dan tindakannya. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis unsur-unsur ideologi songsang yang terselit dalam filem Mentega Terbang dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan filem dilakukan berdasarkan pandangan syariah yang meliputi tema, teks dan watak. Pengekodan tema dan kategori digunakan sebagai instrument kajian bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa filem ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi unsur-unsur ideologi songsang yang tergolong dalam liberalisme dan pluralisme seperti mempercayai konsep reinkarnasi, meredai perbuatan murtad dan tidak meyakini ajaran Islam. Walaupun filem ini memuatkan falsafah kasih sayang, kekeluargaan dan keharmonian kaum namun ia juga memuatkan elemen songsang yang tidak sesuai dengan adat, budaya dan agama masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian lanjut unsur-unsur songsang terhadap filem-filem tempatan dan antarabangsa yang membawa kepada perpecahan, konflik kepercayaan dan fahaman yang tidak selari dengan prinsip Islam wajar di kaji bagi menjaga kemurnian dan kesucian Islam.msFilemIdeologi SongsangSyariahLiberalismePluralisme.Analisis Unsur-Unsur Ideologi Songsang dalam Filem Mentega Terbang (2023) Berdasarkan Pandangan Syariahtext::conference output::conference proceedings::conference paper