Nur Qistina binti Mohd AzaniNur Farhana binti Mohd KamalNurul Bahjah binti ZamanhuriSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17724E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKomunikasi merupakan sebahagian penting untuk manusia berhubung namun bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan mereka menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, memberi idea dan pendapat. Segelintir komuniti OKU pendengaran dan pertuturan sukar menjalani urusan yang melibatkan komunikasi interpersonal yang melibatkan perbualan dua individu kerana sebahagian golongan bukan OKU pendengaran dan pertuturan tidak menguasai bahasa isyarat. Masyarakat di negara ini disarankan mempel ajari dan menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi serta menyantuni golongan ini. Kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai peranan, isu dan cabaran bahasa isyarat dalam media massa menurut sumber yang berautoriti. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu mengumpulkan data data melalui media sosial dan bahan bahan sekunder seperti jurnal dan surat khabar. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang golongan OKU p endengaran dan pertuturan supaya mereka berasa tidak disisihkan dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan. Oleh itu, media massa memainkan peranan yang penting untuk memperluaskan penggunaan bahasa isyarat supaya setiap individu mengetahui asas ber komunikasi dalam bahasa isyarat serta menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga dalam meraikan golongan ini.otherBahasa Isyarat, OKU Pendengaran dan Pertuturan, KomunikasiBahasa Isyarat dalam Media Massa: Peranan, Isu dan CabaranArticle247259