Kamal Azmi Abd. Rahman2024-05-302024-05-302023Abd. Rahman, K. A. (2023). Kedudukan Ilmu Falsafah dalam Islam Menurut Al-Ghazālī (1058-1111 M): Philosphy in Islam According to Al-Ghazālī (1058-1111 M) . Sains Insani, 8(1), 41-50. Retrieved from https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/5290127-787110.33102/jsihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/529/298https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15267VOL. 8 NO. 1 Page (41-50)Abū Hamīd al-Ghazālī merupakan ilmuwan Islam yang telah menguasai pelbagai bidang ilmu Pengajian Islam seperti fiqh, akidah, akhlak dan tasawuf. Penulisan Iḥyā’ ʿUlūm al-Dīn yang mengharmonikan cabang-cabang keilmuwan Islam telah membuktikan kesarjanaan al-Ghazālī. Walaupun begitu, beliau juga telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang falsafah dan pemikiran. Antara karya beliau dalam bidang falsafah ialah Maqāṣid al-Falāsifah, Tahāfut al-Falāsifah dan al-Munqidh min al-Ḍ alāl. Karya-karya tersebut menjelaskan kritikan beliau terhadap falsafah terutamanya falsafah Yunani. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang kedudukan falsafah dalam Islam menurut pandangan al-Ghazālī. Penulisan ini akan merujuk kepada karya al-Ghazālī terutamanya autobiografi beliau yang terkenal iaitu al-Munqidh min al-Ḍ alāl. Dalam membincangkan tentang kedudukan falsafah dalam Islam, al-Ghazālī telah meletakkan satu neraca pertimbangan yang adil dan berhikmah. Beliau telah memberikan peringatan kepada mereka yang meminati falsafah dan bersikap lunak terhadapnya bahawa terdapat bahaya dalam menerima falsafah secara total, manakala terdapat bahaya menolak falsafah bagi mereka yang lantang mengkritik dan menolak falsafah. Ini kerana menurut al -Ghazālī, terdapat manfaat dalam ilmu falsafah dan pada masa yang sama terdapat mudaratnya. Oleh itu, sikap kritis dan pendekatan berhikmah yang telah dibentangkan oleh al-Ghazālī dalam falsafah ini boleh dijadikan panduan bagi cendiakawan Islam pada hari ini dalam menghadapi ilmu asing terutamanya yang datang daripada Barat.otherfalsafah, al-Ghazali, al-Munqidh min al-DalālKedudukan Ilmu Falsafah dalam Islam Menurut Al-Ghazālī (1058-1111 M)Philosphy in Islam According to Al-Ghazālī (1058-1111 M)Article415081