Khairul Anuar Bin Mohamad2024-05-282024-05-2820189789670882123https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6503Perkembangan menghafaz al-Quran amat menarik dikaji apabila subjek hafazan ini dimasukkan dalam silibus akademik dan dilaksanakan dalam aliran sains dan akademik yang lain. Cabaran yang besar kepada penghafaz al-Quran ialah menjaga kualiti hafazan dengan maksud terus terpelihara dalam ingatan walau apa jua bidang yang diceburi selepas tamat menghafaz al-Quran. Justeru, artikel ini mengemukakan solusi agar satu platform diwujudkan untuk menjaga kualiti hafazan al-Quran iaitu dengan menubuhkan Majlis Syuyukh. Jika disorot sejarah al-Quran pada zaman sahabat ra dan tabiinterdahulu, mereka melazimi guru untuk membaca dan mengulang hafazan al-Quran. Justeru, Majlis ini mengumpulkan para syuyukh yang berpengalaman dalam bidang ini dan melazimi bersama al-Quran sama ada sentiasa memberi masa untuk mengajar al-Quran atau mengulang hafazan al-Quran. Golongan profesional yang berjawatan tinggi dan pernah menghafaz al-Quran boleh mengasah kembali hafazan mereka dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Majlis Syuyukh ini. Tuntasnya, Majlis Syuyukh amat relevan diwujudkan untuk menjaga kualiti penghafaz al-Quran.otherMajlis Syuyukh Dalam Memperakukan Tahap Profesionalisme Hafis Al-quranArticle1041121