Alifah Hj HamidAhmad Asyraf Mat Ali2024-05-312024-05-3120229789670001814https://pkausim.usim.edu.my/sais-2022/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18655E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)Masyarakat memainkan peranan yang penting di dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Pelbagai kempen dan program-program kelestarian alam sekitar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan. Walau bagaimanapun masih terdapat lapisan masyarakat yang belum mempunyai tahap kesedaran dan amalan-amalan terhadap penjagaan alam sekitar yang baik, akibatnya isu-isu alam sekitar tidak dapat ditangani secara holistik. Justeru, satu kajian telah dilakukan terhadap pelajar baharu Pusat Tamhidi untuk mengetahui tahap kesedaran dan amalan penjagaan terhadap alam sekitar. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah dimuat naik melalui aplikasi telegram rasmi Pusat Tamhidi kepada semua pelajar baharu Pusat Tamhidi (pra-universiti) sempena Program Taaruf Sesi 2022/2023. Seramai 417 orang pelajar telah menjawab soal selidik tersebut. Hasil dapatan menunjukkan bahawa para pelajar baharu mempunyai tahap kesedaran dan amalan yang sangat baik terhadap penjagaan alam sekitar. Kajian ini juga mencadangkan agar pelbagai kempen dan aktiviti-aktiviti kelestarian alam sekitar yang mengaitkannya dengan landasan agama, iaitu menerapkan elemen-elemen naqli dan aqli agar ianya menjadi satu cabang ibadah kepada Allah.otherkesedaran, amalan, alam sekitarTahap Keprihatinan Pelajar Pra-Universiti Terhadap Kelestarian Alam SekitarArticle5564