Dhiyaa’ Ramadhan bin RamleeMuhammad Miqdad bin Saiful BahariMuhammad Yassin bin Muhammad KarimSukhairu bin Sulaiman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17700E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandPenilaian terhadap kredibiliti seseorang perawi dan kesahihan sesebuah riwayat merupakan fokus utama dalam perbincangan ilmu al Jarh wa al Ta’dil. Dalam konteks keilmuan Islam, penelitian mengenai penerimaan hadith menjadi suatu perkara yang penting kerana ia memberi kesan yang besar terhadap pemahaman dan pengamalan di dalam agama. Namun, permasalahan utama yang muncul adalah bagaimana kita ingin menilai keabsahan sesebuah riwayat dan kredibiliti seseorang perawi apabila sampai dalil-dalil hadith kepada kita. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang kepentingan ilmu al Jarh wa at Ta’dil dan juga bagaimana panduan para ulama’ dalam menentukan kredibiliti seseorang perawi sama ada riwayatnya boleh diterima atau ditolak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kaedah perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawasanya terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh para Muhaddithin dalam menjelaskan keadaan status perawi hadith, sama ada ianya boleh diterima atau ditolak periwayatannya. Di antaranya adalah memiliki ilmu, ketaqwaan, bersikap warak dan benar, mengetahui sebab Jarh dan Ta’dil, mengetahui penggunaan bahasa arab & istilah-istilah ulama’ al Jarh wa al Ta’dil, tidak bersikap taasub mazhab, hasad dengki dan kemarahan. Dengan demikian, usaha kajian ini dijangka dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan ilmu al Jarh wa al Ta’dil sebagai landasan utama dalam menerima riwayat dalam konteks keilmuan Islam.otherHadith, Perawi, Jarh, Ta'dilIlmu Al Jarh Wa Al Ta’dil Sebagai Suatu Landasan dalam Penerimaan Sesebuah RiwayatArticle498509