Rabiah Abdul RahmanRos Mahwati Ahmad ZakariaSiti Nor Baya Mat YacobSiti Nor Azhani Mohd ToharKhadijah Binti Muda2024-05-282024-05-2820180128-0899http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/73https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5575Volume: 3 No: 2 (2018)Kemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab Tafsir al Quran al Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam memahami teks tafsir al Quran al Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab kitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syara hannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang.otherKitab tafsir Al Quran al Azim, kemahiran membaris, kemahiran membaca, universiti.Kemahiran Membaris Dan Membaca Kitab Tafsir Al-quran Al-azim Dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam MalaysiaArticle91532