Siti Nor Azhani Mohd ToharSiti Nor Baya Mat YacobLatifah Abdul LatiffWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17247Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM007 213 - 222Makalah ini membincangkan hasil analisis awal menurut pandangan pakar dalam mengenalpasti perbincangan sarjana Islam unggul, Ibnu Khaldun berkenaan karakteristik ‘asabiyyah yang menjadi faktor utama dalam Teori Kitaran beliau. Usaha ini bagi menangani kelompangan kajian terdahulu untuk merungkai secara sistematik, karakteristik yang ada dalam perbincangan ‘asabiyyah oleh Ibnu Khaldun. Sebagai analisis awal, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas tiga orang pakar dalam pengkajian ilmu Ibnu Khaldun yang diperoleh secara temu bual mendalam dan dianalisis secara tematik. Hasil analisis awal mendapati terdapat empat karakteristik utama dalam konsep ‘asabiyyah Ibnu Khaldun, iaitu kekuatan agama, perkongsian tujuan dan nilai, melangkaui pertalian darah, bersifat positif dan berani mengajukan tuntutan. Justeru, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan yang lebih sistematik dan tersusun dalam menjelaskan karakteristik ‘asabiyyah Ibnu Khaldun yang menjadi teras utama jatuh bangun sesebuah tamadun. Malahan dapatan kajian ini dapat mengangkat kerelevanan perbincangan yang menjangkau 600 tahun yang lampau untuk diaplikasikan kepada masyarakat heterogen yang unik dan pelbagai dalam peradaban masa kini.other‘asabiyyah Ibnu Khaldun,Semangat Kekitaan,Esprit De Corp,Ketamadunan,Analisis Pakar.Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun: Satu Kajian AwalArticle