Fawarni binti AhmadZanaton H. Iksan2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18124Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan – Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan generasi yang memiliki tiga elemen penting iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik. Ketiga-tiga elemen ini dimuatkan dalam pakej Tahfiz Sains Model Ulul Albab. Elemen Quranik dirujuk sebagai kemampuan menghafal 30 juzuk al-Quran. Ilmu al-Quran dibudayakan dalam kehidupan seharian untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan masalah kehidupan dikaitkan dengan istilah Ijtihadik. Penguasaan elemen quranik dan ijtihadik akan menjadi pencetus kepada elemen ensiklopedik iaitu menjadi pakar rujuk dalam sesuatu bidang. Pemerkasaan pendidikan berasaskan Model Ulul Albab berhasrat untuk melahirkan insan profesional yang bercirikan ketiga-tiga elemen tersebut. Objektif - Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pembangunan insan dalam konteks pendidikan integrasi berasaskan Model Ulul Albab khusus kepada pengintegrasian Maharat Al-Quran dalam pembelajaran Kimia. Methodologi Kertas konsep ini dibina berdasarkan kepada tinjauan literatur 10 buah artikel yang membincangkan pembinaan modul pembelajaran sains berintegrasi al-Quran dan konsep pendidikan Sains Tauhidik. Dapatan – Berdasarkan dapatan analisis daripada kajian-kajian yang lepas, penerapan ayat-ayat al-Quran ke dalam pembelajaran Kimia (Sains) adalah relevan dengan keperluan masa kini yang semakin pesat membangun sejajar dengan perkembangan dunia era Pendidikan 4.0. Pendidikan Sains berintegrasi al-Quran didapati bukan sahaja mampu membangunkan potensi murid secara kognitif melalui amalan peperiksaan, tetapi juga memberi impak dalam pemupukan dan usaha meningkatkan nilai spiritual, keagamaan dan keimanan kepada Allah SWT melalui penerapan ayat-ayat al-Quran ke dalam bahan pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan – Makalah ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada pembangunan insan yang berliterasi saintifik yang mengagungkan kewujudan Allah SWT. Seterusnya boleh dijadikan sumber rujukan oleh panel penggubal Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran matapelajaran Kimia dan Maharat Al-Quran bagi SMKA Tahfiz Model Ulul Albab dan juga untuk rujukan guru-guru Kimia khususnya yang beragama Islam.otherPembelajaran berasaskan permainan digital, pendidikan sains, kemahiran proses sains, modul pembelajaranPembangunan Insan Melalui Pengintegrasian Maharat Al-Quran Dalam Pembelajaran KimiaArticle583594