Mohammad Aiman Farid Abd RazakMuhamad Fadlly Ismail2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17600E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Rentetan penerimaan masyarakat terhadap sistem pengajian al-Qura>n, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah-sekolah kerajaan secara berperingkat. Program TMUA ini menawarkan dua mata pelajaran bawah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) iaitu Hifz} al-Qur’an dan Maharat al-Qur’an. Namun begitu, hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan pencapaian mata pelajaran Maharat al-Qur’an tidak cemerlang berbanding Hifz} al-Qur’an. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengkaji tahap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, apakah faktor yang menyumbang dan sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) melibatkan pungutan dan analisis data secara deskriptif dan inferensi. Pengkaji menggunakan intrumen soal selidik dalam mendapatkan data kajian yang mana nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α =0.84. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 132 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2019 dan pengkaji memilih persampelan rawak berstrata serta merujuk penetapan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) bagi menentukan saiz sampel yang perlu diambil. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar bagi kompenen Tila>wah sahaja pada tahap yang baik manakala kompenen lain seperti Tajwid, Rasm Uthmani, Manhaj dan Amali Qiraat pada tahap sederhana. Hasil kajian juga mendapati daripada tiga faktor yang dikaji, hanya faktor kemampuan Bahasa Arab dan faktor peranan ibu bapa menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.05) terhadap penguasaan Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar manakala faktor kualiti pengajaran guru tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Selain itu, hasil kajian mendapati daripada tiga faktor yang dinyatakan, faktor peranan ibu bapa paling kuat (β=0.32) mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Maharat al-Qur’an dalam kalangan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pihak berautoriti, pelaksana dan pengkaji lain dalam menambah baik program TMUA dalam pendidikan negara.otherFaktor Penyumbang, Penguasaan Pelajar, Mata Pelajaran Maharat al-QuranFaktor Penyumbang Penguasaan Maharat Al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan BentongArticle112130