Artika Rasul Bin SulaimanHasmadi Bin Hj. HassanJamal Rizal Bin Razali2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24658E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEKajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran, dengan fokus utama pada sikap terhadap penggunaan peranti digital, literasi digital, kualiti fasiliti teknologi dan akses teknologi. Kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan skala Likert lima mata untuk mengumpul data daripada 450 pelajar secara rawak dari populasi 6,851. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0, termasuk faktor-faktor demografi seperti jantina, usia, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik, lokasi kediaman, jarak ke sekolah, serta nama dan lokasi sekolah. Hasil kajian menunjukkan literasi digital pelajar adalah rendah (skor min 2.13) dan sikap terhadap peranti digital juga rendah (skor min 1.876). Penilaian terhadap fasiliti teknologi dan akses teknologi adalah sederhana, dengan skor min masing-masing 2.508 dan 2.530. Faktor-faktor seperti usia, jantina, nama sekolah, dan pendapatan keluarga turut mempengaruhi sikap dan literasi digital pelajar. Kajian mencadangkan strategi proaktif seperti pendidikan tambahan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran dan memperkasakan pendidikan yang lebih inklusif.mse-PembelajaransikapliterasifasilitiaksesAnalisis Faktor Demografi Terhadap Kesediaan E-Pembelajaran di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahangtext::conference output::conference proceedings::conference paper