Muhamad Rafiqi HehsanZulkifli DahalanAminudin Hehsan2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16967PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesBank kulit manusia merupakan salah satu isu kontemporari yang semakin berkembang di abad ini. Namun perbahasan dan teknologi yang ada khususnya di Malaysia, belum mampu mengorak ke arah yang lebih mendalam akan keperluannya secara lebih meluas. Masih terdapat hukum berkaitan perkara ini yang perlu dirungkai agar kedatangannya secara meluas di negara ini tidak akan dipertikaikan kelak. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan secara menyeluruh berkaitan bank kulit manusia ini dan keperluannya. Dalam artikel ini juga, kami menggariskan hukum pelaksanan bank kulit manusia yang mungkin memberi polemik berterusan. Kajian itu menggunakan metodologi berasaskan perpustakaan (library-based methodology) dan mengumpulkan data daripada pelbagai sumber, termasuk buku, laman web dan jurnal. Penemuan menunjukkan bahawa bidang bank kulit manusia ini telah digunakan secara meluas di luar negara dengan teknologi yang hebat. Namun, Malaysia agak ketinggalan dalam membina teknologi ini. Keperluan kepada bank kulit manusia ini juga sangat meluas dan banyak digunakan dalam bidang perubatan terapeutik. Kajian ini juga cuba membahaskan perspektif hukum berkaitan pelaksanaan bank kulit manusia yang telah dibahaskan oleh para fuqaha kontemporari. Kesimpulannya, kami melihat akan adanya keperluan kepada bank kulit manusia ini sekiranya digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Bidang teknologi yang semakin meluas harusnya diambil manfaat bagi menjaga maqasid syariah, khususnya menjaga kesemua konsep Daruriyat, Hajiyat mahupun Tahsiniyat.otherbank kulit, keperluan, hukum, kontemporariBank Kulit Manusia: Satu Tinjauan, Keperluan Perubatan Dan Hukum PerlaksanaannyaArticle475491