Lubna Abd. RahmanArnida A. BakarWahida Mansor2024-05-312024-05-312020-10-15eISBN : 9789674408367https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/184513 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini. Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama, sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19 antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan perkamusan Arab.otheristilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab.Variasi Istilah Berkaitan Pandemik Covid-19 Dalam Akhbar Berbahasa Arab545546