Nur Saadah Hamisan @KhairNorullisza KhosimNorfarhana Ahmad Ghafar2025-12-222025-12-222025Nur Saadah Hamisan@Khair, Norullisza Khosim, Norfarhana Ahmad Ghafar. (2025). Analisis Semantik Sifat-Sifat Yang Merujuk kepada Perempuan dalam Al-Quran. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 54–69. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28337International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Al-Quran merupakan kitab panduan yang ditujukan kepada sekalian manusia termasuklah lelaki dan perempuan tanpa mengira perbezaan jantina. Walaupun wujud pelbagai stigma terhadap kaum perempuan pada zaman awal penurunan wahyu, malah sehingga kini, tetapi kedudukan perempuan dipelihara melalui kandungan al-Quran yang sarat dengan keadilan serta pengiktirafan terhadap peranan mereka dalam masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sifat-sifat yang merujuk kepada perempuan dalam al-Quran melalui pendekatan semantik. Analisis ini memberi tumpuan kepada makna leksikal, makna kontekstual, serta implikasi semantik bagi penggunaannya dalam ayat-ayat al-Quran. Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan mengaplikasikan analisis kandungan terhadap teks al-Quran, yang mana semua sifat-sifat yang berkaitan dengan perempuan dikenal pasti berdasarkan bentuk morfologi dan konteks ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengandungi pelbagai sifat yang bukan sahaja menggambarkan ciri luaran atau peranan sosial bagi kaum perempuan, tetapi juga menekankan nilai rohani, moral, dan akhlak yang wajar dijadikan landasan hidup. Penemuan ini menunjukkan bahawa pemilihan sifat yang digambarkan dalam al-Quran mempunyai nuansa makna yang mendalam dan berfungsi sebagai panduan serta pembentukan identiti perempuan beragama Islam. Kajian ini membantu dalam memperkukuhkan pemahaman terhadap kandungan al-Quran yang berkaitan dengan perempuan yang mempunyai peranan utama sebagai madrasah pertama dalam keluarga dan teras penting sesebuah negara.msAl-QuranBahasaSifatPerempuanSemantik.LanguageNatureWomenSemantics.Analisis Semantik Sifat-Sifat Yang Merujuk kepada Perempuan dalam Al-Qurantext::conference output::conference proceedings::conference paper5469