Mohd Anuar Mamat2024-05-272024-05-2720222023-1-26Mamat, M. A. (2022). Beberapa Aspek Epistemologi Islam Menurut Manuskrip Melayu Untuk Pendidikan Warga Emas: Satu Analisis Terhadap Tibyān al-Marām dan Dawā’ al-Qulūb. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 23(3), 96-111. https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.3.6812289-632510.37231/jimk.2022.23.3.681https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/681https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4091Volume: 23 No: 3 (page: 96-111)Menjelang 2030 warga emas di Malaysia menjangkau 15 peratus daripada jumlah penduduk. Indikator ini menunjukkan bahawa Malaysia akan bergelar negara tua dalam tempoh lapan tahun sahaja lagi. Hal ini tentunya mengundang pelbagai cabaran dan memerlukan persediaan awal dalam pelbagai sektor termasuklah bidang agama dan juga pendidikan. Dengan ini, terdapat pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan warga emas, namun belum ditemui lagi kajian berkaitan pembelajaran Islam sepanjang hayat untuk warga emas yang memenuhi struktur pembelajaran Islam, tradisi keilmuan dan epistemologi Islam serta andragogi, sedangkan minat mereka terhadap pembelajaran amat menggalakkan. Hal ini menyebabkan pembelajaran yang mereka ikuti menimbulkan pelbagai masalah dari sudut kandungan, struktur, fokus dan juga kaedah pembelajaran. Oleh itu, dengan menggunakan metode analisis kandungan, artikel ini mengemukakan analisis beberapa aspek epistemologi Islam dalam manuskrip Melayu. Dua manuskrip Melayu terpilih sebagai sampel kajian akan dianalisis secara tematik untuk melihat aspek epistemologi merangkumi konsep ilmu dan juga pembahagian ilmu. Aspek epistemologi ini amat penting dalam membentuk struktur dan kandungan pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Dapatan kajian ini seterusnya berpotensi dikembangkan dengan lebih terperinci dalam untuk membentuk kerangka pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) serta Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PWTEN).otherEpistemologi Islam, manuskrip Melayu, pendidikan sepanjang hayat, warga emas, kajian manuskrip.Beberapa Aspek Epistemologi Islam Menurut Manuskrip Melayu Untuk Pendidikan Warga Emas: Satu Analisis Terhadap Tibyān Al-marām Dan Dawā’ Al-qulūbSome Aspects of Islamic Epistemology According to Malay Manuscript on Education for Elderly: An Analysis of Tibyān al-Marām and Dawā’ al-QulūbArticle96111233