Ros Mahwati Ahmad ZakariaSiti Nor Azhani Mohd ToharRabiah Abdul Rahman2024-05-282024-05-2820182590-4213http://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/62https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6158Volume: 2, No 1Seni bina merupakan warisan ketara bagi sesebuah wilayah Islam terutamanya seni bina masjid. Seni bina masjid tradisional Melaka mempunyai identiti tersendiri daripada segi rekaan bentuk bumbungnya. Asas bentuk bumbung som pecah empat yang dihiasi dengan sebuah mahkota dipuncaknya. Kehadiran mahkota atap di atas bumbung masjid tradisional Melaka menjadikan rekaan seni bina masjid itu sendiri unik dan sangat elegan. Namun begitu, mahkota atap ini telah diancam kepupusan kerana ada yang berpendapat bahawa ia bukan seni Islam dan tidak sesuai berada di bangunan masjid. Kenyataan ini sedikit sebanyak telah menjadi ancaman kepada kewujudan mahkota atap masjid tradisional Melaka. Beberapa buah masjid tradisional di daerah Alor Gajah dilihat telah kehilangan mahkota atapnya dan diganti dengan kubah kecil yang mempunyai bentuk bulan dan bintang di bahagian atas. Kefahaman tentang seni Islam dalam kalangan masyarakat Islam adalah sangat penting supaya warisan rekaan dan seni Islam tempatan tidak hilang disebabkan oleh kefahaman seni Islam yang sempit.en-USMahkota atap, masjid, Melaka, Islam, seniWarisan Ketara Seni Islam Tempatan: Mahkota Atap Masjid Tradisional MelakaTangible Islamic Art Heritage: Roof Crown Of The Traditional Mosques Of MalaccaArticle18519621