Nazneen Binti IsmailSyaidatun Nazirah Abu ZahrinNorhayati Rafida Abdul Rahim2024-05-282024-05-2820222023-2-30126-500810.17576/akad-2022-9202-02https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/27257https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7482Volume: 92 No: 2Kemajuan teknologi hari ini merupakan sebahagian daripada kesan Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan perubahan dalam pelbagai aspek hidup manusia termasuk keilmuan dan keperibadian.Mahasiswa Muslim hari ini perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi menghadapi cabaran revolusi ini. Di samping itu, keperibadian ummah cemerlang yang berdaya saing perlu dibangunkan agar mampu memanfaatkan perkembangan ini selaku khalifah. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor (CFA)bagi menguji kesesuaian pemboleh ubah Instrumen Cinta Ilmu dan Keperibadian Ummah Cemerlang. Satu set soal selidik diedarkan kepada 415 mahasiswa Muslim dan dianalisis menggunakan ujian analisis pengesahan faktor (CFA) dengan bantuan perisisan AMOS Ver.23. Merujuk kepada modifikasi dan nilai goodness of-fit, didapati nilai fit indices adalah lebih baik setelah melalui beberapa proses perubahan. Selain itu, ujian kesahan dan kebolehpercayaan turut dilakukan terhadap model pengukuran ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa model pengukuran cinta ilmu yang sah terdiri daripada enam pembolehubah iaitu cinta pembacaan dan motivasi intrinsik yang mewakili cinta ilmu serta ibadah, akidah, akhlak terhadap keluarga dan akhlak terhadap masyarakat yang mewakili keperibadian ummah cemerlang.Analisis ini menunjukkan terdapat hubungan antara cinta ilmu dengan keperibadian ummah cemerlang. Maka, kajian ini mengetengahkan keperluan masyarakat dan universiti untuk memberi perhatian kepada usaha menyuburkan budaya ilmu mahasiswa dan mengembangkannya supaya nilai-nilai murni ini tidak terhad kepada manfaat individu sahaja tetapi juga orang lain.otherinstrumen kajian cinta ilmu; keperibadian ummah cemerlang; cinta pembacaan; motivasi intrinsik; Revolusi Industri 4.0Analisis Pengesahan Faktor (CFA) Instrumen Kajian Cinta Ilmu Dan Keperibadian Ummah CemerlangConfirmatory Factor Analysis of Instrument Measuring Love for Knowledge and Excellent Ummah PersonalityArticle1533922