Nur Azwani binti Mansor @ NoordinKhairulnazrin Nasir2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16955PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesArtikel ini membincangkan proses sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut konsep dan nilai-nilai Islam. Penekanan diberikan kepada peranan keluarga dalam membentuk pemahaman mengenai pendidikan gender dan persepsi anak-anak mengenai perbezaan gender antara lelaki dan perempuan. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan analisis terhadap sumber-sumber primer seperti al-Quran, hadis, dan literatur Islam yang relevan. Pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab keluarga mendidik anak-anak dalam konteks gender dikaji dengan teliti. Dalam perspektif Islam, keluarga memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi utama. Ahli keluarga seperti ibu bapa, kakak, abang dan ahli keluarga terdekat merupakan agen utama yang membantu proses sosialisasi. Proses ini diterapkan pada zaman kanak-kanak yang akan mempengaruhi perilaku dan pemikiran serta belajar bagaimana seharusnya bertingkah laku dalam situasi atau keadaan tertentu apabila dewasa kelak. Sekiranya kanak-kanak tidak mengalami proses sosialisasi gender dengan berkesan dan mencukupi, maka mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dan bertingkah laku mengikut nilai-nilai syariat Islam. Artikel ini menggariskan strategi dan amalan terbaik yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dan keluarga untuk menyampaikan pendidikan gender yang seimbang dan adil kepada anak-anak. Hasil analisis menunjukkan bahawa pendidikan gender dalam keluarga menekankan kepada pendidikan nilai, pemodelan peranan, pengajaran praktikal, dan komunikasi yang efektif dalam membentuk pemahaman yang positif mengenai gender. Kesimpulannya, artikel ini memberikan pandangan yang holistik dan bersepadu mengenai sosialisasi pendidikan gender dalam keluarga menurut perspektif Islam. Ia menyediakan panduan praktikal dan prinsip-prinsip yang dapat digunakan oleh keluarga dan masyarakat untuk membangun masyarakat harmoni dari segi gender berdasarkan ajaran agama Islam.otherSosialisasi; Pendidikan Gender; Keluarga; Perspektif Islam; Anak-AnakSosialisasi Pendidikan Gender dalam Keluarga Menurut Perspektif IslamArticle644656