Siti Aisyah Binti JaafarNoor Shahira Binti MejahNor ‘Afifah Binti MohammadSyed Najihuddin Bin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17572E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Tiktok merupakan salah satu platform media teknologi digital yang semakin hari semakin terkenal yang mana didalamnya sarat dengan pelbagai kandungan. Justeru itu, ramai pengguna dari pelbagai peringkat usia yang menggunakan platform tiktok ini yang mana ia bukan sahaja untuk hiburan dunia bahkan sebagai sumber ilmu agama. Platform baru ini lebih mudah diakses dan menarik kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual serta padat dan ringkas. Hal ini dilihat ia lebih kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran agama. Tiktok juga dikenali sebagai tempat perkongsian video untuk memuat naik dan berkongsi klip video. Namun, sejauh manakah kefahaman pengguna aplikasi tiktok tentang konten keagamaan. Adakah pengguna hanya fokus kepada individu yang menyampaikan konten tersebut atau fokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Bahkan, kefahaman pengguna bukan diukur melalui banyaknya like, view dan komen tetapi ia bergantung kepada tahap kefahaman individu itu sendiri. Selain itu, kefahaman seseorang itu juga bergantung kepada cara penyampaian yang disampaikan oleh pemilik akaun tiktok tersebut sama ada ia mudah atau sukar difahami kerana setiap content creator adalah berbeza mengikut cara penyampaiannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengetahui sejauh mana pengguna aplikasi Tiktok memahami sesuatu content keagamaan melalui 3 akaun tiktok iaitu @ustazwadiannuarofficial, @ustazahasmaharun dan @zarul.hafiz. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian ini kita dapat mengetahui berapa ramai yang mampu memahami isi kandungan video dengan tepat. Kesimpulannya, kewujudan platform Tiktok pada hari ini memudahkan kita untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat dan menjadikannya sebagai salah satu medium pembelajaran agama dengan mengikut panduan yang betul dan sesuai. Justeru diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat serta kandungan yang dikongsi oleh setiap pemilik akaun tiktok tersebut dapat difahami dengan baik oleh penontonotherDakwah Digital, Media Sosial, Keagamaan, TiktokPenggunaan Aplikasi Tiktok dalam Menyampaikan Kandungan Keagamaan: Kajian terhadap 3 Akaun TiktokArticle7547673