Abdul Rashid Abdul AzizMohamad Yazid Abdul MajidMuhammad Khairi MahyuddinNur Kareelawati Abd KarimNur A'in MustafarNurun Najihah Musa2024-05-282024-05-2820222023-2-2Abdul Aziz, A. R., Abdul Majid, M. Y., Mahyuddin, M. K., Abd. Karim, N. K., Mustafar, N. A. and Musa, N. N. (2022) “Tinjauan Terhadap Profil Personaliti Pensyarah Universiti Penyelidikan”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), p. e001872. doi: 10.47405/mjssh.v7i10.1872.2504-856210.47405/mjssh.v7i10.1872https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1872https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7240Volume: 7, Issue: 10Personaliti individu banyak dikaitkan dengan keperibadian dan perwatakan individu. Ia menentukan kualiti individu tersebut. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah yang berada di universiti penyelidikan. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif melibatkan seramai 645 orang pensyarah yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa pola personaliti Agreeableness mencatat skor min tertinggi bagi pensyarah iaitu sebanyak 2.94 dan sisihan piawainya 0.30. diikuti oleh pola personaliti Conscientiousness (min = 2.93), Extraversion (min = 2.91), Openness (min = 2.89) dan Neuroticism dengan catatan nilai (min = 1.07). Kajian ini amatlah signifikan dalam mengenal pasti profil tret personaliti pensyarah. Hal ini kerana ia dapat mempengaruhi kelancaran dan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui oleh para pelajar. Justeru, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengatur apa jua strategi untuk menambah kualiti diri dalam setiap pensyarah sebagai usaha melahirkan para graduan yang berkualiti.otherPersonaliti, Keperibadian, Tingkah laku, PensyarahTinjauan Terhadap Profil Personaliti Pensyarah Universiti PenyelidikanA Survey of the Personality Profile of Lecturers in Research UniversityArticle115710