Muhammad Ammar Farhan bin RamlanMuhammad Syafee Salihin bin HasanAhmad Fikri Ihsan bin Mohd Khairuddin2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16988PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesSulayman al-Jamzuri (w. 1227H) merupakan seorang tokoh ulama al-Quran yang telah memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam terutama dalam ilmu tajwid sama ada dari sudut riwayah dan juga dirayah. Manzumah Tuhfah al-Atfal merupakan salah satu karya agung yang ditulis oleh beliau dalam memberi panduan serta menyelesaikan beberapa isu permasalahan ilmu tajwid. Didapati manzumah Tuhfah al-Atfal ini sangat masyhur dipelajari di masjid atau institusi pengajian al-Quran di negara Arab dan Timur Tengah. Bahkan menjadikan kewajipan kepada para pelajar al-Quran di sana untuk mempelajari serta menghafal setiap rangkap bayt manzumah ini. Berbeza pula pendekatan pengajian ilmu tajwid di Malaysia yang lebih mesra menggunakan pendekatan dalam bentuk karangan atau huraian berbanding pendekatan dalam bentuk manzumah. Adakah pendekatan pengajian ilmu tajwid dalam bentuk manzumah di Malaysia ini sesuai diterapkan? Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan Sulayman al-Jamzuri dalam ilmu tajwid serta metodologi beliau yang disusun pada manzumah tuhfah al-Atfal. Kajian ini dilaksanakan dengan reka bentuk analisis kandungan iaitu data-data yang bersumber dari manzumah tuhfah al-Atfal serta buku-buku yang berhubungan dengan perbincangan demi mencapai objektif yang telah digariskan. Penulis berharap agar penulisan ini dapat memberi pendedahan akan kepentingan menguasai ilmu tajwid secara riwayah dan dirayah melalui pendekatan perbahasan dalam bentuk manzumah.othertajwid, sulayman al-Jamzuri, manzumah, matan, tuhfah al-AtfalMetodologi Tajwid Sulayman Al-Jamzuri (W. 1227H) Pada Manzumah Tuhfah Al-AtfalArticle207218