Muhammad Adam BaharinAlif Aiman KamaruzzamanHasnizam HashimWan Abdul Fattah Wan IsmailAhmad Syukran BaharuddinBaidar Mohammed Mohammed Hasan2026-01-062026-01-062025Muhammad Adam Baharin, Alif Aiman Kamaruzzaman, Hasnizam Hashim, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, Baidar Mohamed Mohammed Hasan. (2025). PPendekatan Seksaan bagi Tujuan Siasatan: Analisis daripada Perspektif Undang-Undang Jenayah Islam. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 491-504. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/219https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/219https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28371Kajian ini meneliti pendekatan penggunaan seksaan dalam proses siasatan bagi tujuan mendapatkan pengakuan atau maklumat daripada suspek jenayah menurut perspektif Undang-undang Jenayah Islam. Isu ini penting kerana terdapat kecenderungan dalam sesetengah sistem siasatan moden yang menggunakan tekanan fizikal atau mental untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumat. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis pendekatan tersebut dengan menilai justifikasi, kesan, serta batasannya berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang menekankan keadilan, rahmah, dan pemeliharaan maruah manusia. Kajian ini dijalankan dengan meneliti dalil dan pandangan fuqaha secara terperinci, membandingkan pendapat antara mazhab, serta menilai pendekatan tersebut berdasarkan prinsip dan nilai Islam. Kajian ini penting bagi mengetengahkan bahawa sebarang bentuk seksaan sebagai pendekatan siasatan ditolak dalam Islam kerana bertentangan dengan maqasid al-shariah dan prinsip keadilan. Islam menegaskan bahawa pengakuan yang diperoleh melalui paksaan adalah tidak sah, dan kaedah penyiasatan perlu berteraskan ihsan serta etika kemanusiaan. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan siasatan berasaskan prinsip syariah diutamakan melalui latihan profesional, pengawasan kehakiman, dan perundangan yang tegas bagi memastikan hak asasi tertuduh terpelihara semasa proses siasatan berlangsung.msTorture ApproachInvestigationPerspective of Islamic Criminal LawMaqasid alShariah.Pendekatan SeksaanSiasatanPerspektif Undang-Undang Jenayah IslamMaqasid AlSyariah.Pendekatan Seksaan bagi Tujuan Siasatan: Analisis daripada Perspektif Undang-Undang Jenayah IslamPunishment as an Investigative Approach: An Analysis from the Perspective of Islamic Criminal Lawtext::conference output::conference proceedings::conference paper491504