Abdul Rashid Abdul AzizNor Hamizah Ab RazakNurhasma Muhamad Saad2024-05-302024-05-3020212021-12-8Abdul Aziz, A. R., Ab Razak, N. H., & Muhamad Saad, N. (2021). Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi: COVID-19 Pandemic: Self-Care in Triggering Emotional Intelligence. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.2900127-78712402-3810.33102/sainsinsani.vol6no2.290https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/290https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15248Vol. 6 No. 2 (2021): Jurnal Sains InsaniSeluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah mengubah cara hidup kebanyakan individu dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara aktiviti penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan tekanan yang timbul rentetan pandemik COVID-19 ini. Metod kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan telah memfokuskan kepada pemahaman terhadap konsep penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai komponen dalam aspek penjagaan kendiri semasa pandemik COVID-19 iaitu komponen fizikal, mental, emosi dan spiritual. Manakala dalam meningkatkan kecerdasan emosi pula, terdapat lima faktor penentu termasuklah kesedaran kendiri (self-awareness), pengawalan kendiri (self-regulation), motivasi kendiri (self-motivation), empati dan kemahiran sosial (social skills). Tuntasnya, pengkajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi kesihatan negara dalam merangka pelan tindakan untuk membantu individu yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 ini.enPenjagaan kendiri, kecerdasan emosi, pandemik COVID-19Pandemik Covid-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan EmosiCOVID-19 Pandemic: Self-Care in Triggering Emotional IntelligenceArticle11112162