Mohd Fahimi ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad Nawawi2024-12-302024-12-3020242024-12-30Mohd Fahimi Zakaria & Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi. (2024). Roleplay sebagai aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab: Roleplay as an activity in teaching and learning arabic language. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(2), 110–119. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i2.2442600-7622https://attarbawiy.uis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/244https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25820Indexed by MyCiteRoleplay merupakan aktiviti bahasa yang mampu membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab di pelbagai peringkat pendidikan sama ada pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Aktiviti bahasa seperti Roleplay sesuai bagi pelajar yang bermula dari peringkat asas dan tiada latar belakang pendidikan bahasa kerana melalui Roleplay, pelajar akan diasah dengan kemahiran bertutur (speaking skill) yang merupakan kemahiran bahasa yang penting. Seterusnya Roleplay dapat membantu pelajar untuk bertutur dalam bahasa Arab dengan menggunakan perkataan dan ayat yang mudah serta mampu berkomunikasi dengan rakan dalam bahasa Arab asas. Kajian ini dijalankan ke atas 72 responden yang mengikuti kursus Bahasa Arab Asas I (TAC401) sebagai bahasa ketiga dari dua fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada sesi pengajian semester Mac 2024. Dapatan kajian menunjukkan terdapat faktor tertentu yang menjadi pendorong kepada pelajar dalam PdP sehingga dapat meningkatkan kemampuan bertutur dalam bahasa Arab melalui aktiviti Roleplay di samping beberapa kriteria lain yang menjadi penilaian dalam PdP bahasa Arab bagi kursus TAC401 di UiTM. Meskipun hanya 18 responden yang pernah mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi Ketika peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), namun lebih 50 responden masih menunjukkan penguasaan bahasa Arab pada tahap baik yang dapat dilihat melalui aktiviti Roleplay semasa sesi PdP.en-USRoleplayLanguage ActivityTeaching and LearningArabicRoleplay Sebagai Aktiviti Bahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa ArabRoleplay as an activity in teaching and learning arabic languagetext::journal::journal article11011982