Ahmad Sanusi Azmi2024-05-292024-05-2920191823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/198https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14885Kritikan terhadap keaslian bahasa al-Quran telah bermula pada zaman Quraysh lagi. Kesukaran untuk memahami beberapa perkataan di dalam al-Quran menjadikan mereka ragu tentang keaslian bahasa al-Quran. Fenomena ini terus berlaku sehingga hari ini. Bezanya, kumpulan penyelidik barat mendekatiteks al-Quran dengan pendekatan baharu dan metode bersesuaian dengan zaman moden. Dapatan kajian mereka mencadangkan bahawa al-Quran ini terkandung pelbagai perkataan asing yang dipinjam oleh Muhammad ketika berlaku interaksi Baginda dengan kelompok manusia yang bukan berbangsa Arab. Kajian ini meneroka telahan dan kajian yang djalankan oleh orientalis serta melakukan kajian perbandingan terhadap kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana dapatan kajian penyelidik baratakan dinilai dengan pandangan sarjana Muslim yang turut mengemukakan penafsiran terhadap perkataan yang sukar difahami di dalam al-Quran. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa saranan yang disimpulkan oleh kumpulan orientalis ini sukar untuk dibuktikan dengan sekadar hanya mengemukakan rekod pertemuan Baginda dengan bangsa asing yang berada disekitar semenanjung tanah Arab.Al-QuranOrientalisKeaslian Bahasa Al-QuranKajian BahasaKritikan Orientalis Terhadap Keaslian Bahasa al-Quran: Analisis Terhadap Teori Perkataan Asing dalam al-QuranOrientalist’s Criticism On The Language Of The Quran: An Analysis On The Theory Of Foreign Vocabulary In The QuranArticle93108152