Mashitah Abdul MutalibSiti Aishah binti Zulkifle2024-05-302024-05-302021-12-30e-ISBN: 9789670001104https://fsu.usim.edu.my/proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17924E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) Theme: "Towards Dignifying Islam in the Framework of Rule of Law & Supremacy of Constitution" 15 – 16 December 2021 Organized By: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) And Fakulti Pengajian Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Collaboration With: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA), Brunei And Fakultas Hukum, Universitas Jendral Soedirman (UNSOED), IndonesiaPerkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti adalah penting dalam memastikan kanak-kanak itu dijaga dengan baik bukan sahaja dari segi kesihatan dan keselamatan mereka, malah dalam perkembangan pertumbuhan mereka. Jadi, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak tidak seharusnya dianggap sebagai jagaan semata-mata sebaliknya ia merupakan peringkat awal untuk pendidikan kanak-kanak. Isu taman asuhan kanak-kanak berasaskan rumah yang tidak dikawal oleh undang-undang yang khusus adalah penting untuk diketengahkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Malaysia melalui usaha perundangan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keperluan membangun rangka kerja undang-undang dalam mengawal selia pusat jagaan kanak-kanak di rumah. Mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia, pusat asuhan kanak-kanak di rumah yang mengasuh kanak-kanak kurang daripada empat orang tidak perlu mendaftar dengan pihak berkuasa dan tidak dipantau oleh mana-mana undang-undang atau peraturan. Kejadian tidak diingini yang melibatkan pusat asuhan kanak-kanak di rumah yang tidak dikawal undang-undang boleh menjadi faktor pendorong untuk Malaysia membangun rangka kerja undang-undang dalam meningkatkan kualiti pusat tersebut. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian doktrin dalam bentuk pengumpulan data berasaskan dokumen analisis dan ulasan kes.otherkanak-kanak, taska, undang-undang kanak-kanakKeperluan Menguatkuasakan Undang-Undang Terhadap Pengasuh Di Rumah; Suatu Tinjauan AwalArticle289298