Noornajihan JaafarNorakyairee Mohd RausNik Ahmad Farid B Nik ShaberyNurutthoilah Mohd Nabil2024-05-302024-05-302022Jaafar, N., Mohd Raus, N., Nik Shabery, N. A. F., & Mohd Nabil, N. (2022). Inspirasi Dakwah Bagi Oku dari Kisah Ibnu Ummi Maktum: Pengalaman di Yayasan Faqeh. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 210–221. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/22eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/22/25https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173108TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesDakwah Islam tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Ia perlu disampaikan kepada seluruh komuniti masyarakat termasuklah komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU). Komuniti ini berhak mendapat nikmat Islam kerana Islam tidak hanya ekslusif kepada individu yang sempurna pancaindera sahaja. Namun begitu, OKU adalah antara komuniti yang sering dikaitkan dengan isu dan perbahasan berkaitan keperluan mereka dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek berkaitan persoalan taklif dalam menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Bertitik tolak dari sini, inspirasi dakwah bagi OKU daripada kisah Ibnu Ummi Maktum telah disahut oleh Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) yang mengambil tanggungjawab memberi ruang dan peluang kepada OKU mendekati ilmu Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman Yayasan FAQEH memberikan khidmat berkaitan pendidikan al-Quran bagi OKU dan mengenalpasti faktor penglibatan sukarelawan Yayasan FAQEH dalam usaha memperluaskan akses OKU terhadap pendidikan Islam disamping menangani isu tuntutan beragama dikalangan mereka. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan tembual untuk mengumpulkan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa usaha dakwah OKU yang telah dijalankan yang memberi kesan kepada komuniti OKU. Dapatan juga mendapati antara faktor penglibatan seseorang individu dalam khidmat kesukarelawanan ialah pemahaman dan nilai, motivasi kerjaya dan sosial, keikhlasan atau kerelaan, khidmat komuniti, kemahiran kesukarelawanan, dan menyelesaikan kerja kursus. Oleh yang demikian, hasil penulisan ini diharapkan menjadi inspirasi dalam menyampaikan dakwah kepada OKU dengan lebih meluas pada masa akan datang.otherDakwah, Orang Kurang Upaya, Yayasan FAQEHInspirasi Dakwah Bagi Oku Dari Kisah Ibnu Ummi Maktum: Pengalaman Di Yayasan FaqehArticle210221