Wan Abdul Rahim Wan Abd AzizHussein 'Azeemi Abdullah Thaidi2025-02-122025-02-122024Wan Abdul Rahim Wan Abd Aziz, & Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi. (2024). Amalan Wakaf Bertempoh di Malaysia: Isu dan Cabaran. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 178–183. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26269E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiWakaf muaqqat atau wakaf bertempoh berpotensi menjadi instrumen penting dalam memperluas manfaat wakaf kepada masyarakat Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan, dan kebajikan sosial. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa konsep ini masih kurang diterokai, menyebabkan pelbagai cabaran dalam perlaksanaan dan penerimaannya di peringkat nasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui metode kajian kepustakaan dan pemerhatian untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan, seperti kekangan perundangan, kekeliruan pemahaman masyarakat, serta ketidakseragaman dalam pengurusan. Analisis data yang dilakukan menggunakan kaedah induktif dan deduktif mendedahkan bahawa cabaran utama terletak pada kelemahan rangka kerja dasar, kurangnya pendidikan awal tentang konsep wakaf bertempoh, dan keperluan untuk mekanisme pemantauan yang lebih efektif. Untuk menangani cabaran ini, kajian mengemukakan beberapa cadangan praktikal, termasuk penyelarasan perundangan, pengukuhan kerjasama antara institusi wakaf dan badan kerajaan, serta inisiatif pendidikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Di samping itu, model pengurusan wakaf bertempoh yang lebih inovatif dan mampan dicadangkan untuk memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik dan efektif. Penemuan kajian ini diharapkan dapat membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam mengenai potensi wakaf bertempoh sebagai instrumen pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia, sekaligus menyumbang kepada usaha memperkasakan sistem wakaf di peringkat nasional.msWakaf BertempohCabaran PelaksanaanMalaysia.Amalan Wakaf Bertempoh di Malaysia: Isu dan Cabarantext::conference output::conference proceedings::conference paper