Syed Najihuddin Syed HassanAbdulloh SalaehNidzamuddin ZakariaAini Nasrin AdlinJuwairiah Mohd SabriNurul Aina MuhammadNur Ain Athirah Mohd Fadzali2025-12-182025-12-182025Syed Najihuddin Syed Hassan,Abdulloh Salaeh,Nidzamuddin Zakaria,Aini Nasrin Adlin,Juwairiah Mohd Sabri,Nurul Aina Muhammad,Nur Ain Athirah Mohd Fadzali. (2025). Integrasi Kod QR dalam Penghayatan Doa Harian: Kajian Kes Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 774–784. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28277International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Penggunaan teknologi digital dalam pendidikan Islam kian berkembang seiring dengan kemajuan era Revolusi Industri 4.0. Artikel ini membincangkan usaha inovatif Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkor dalam memanfaatkan kod QR (Quick Response) sebagai medium interaktif untuk menyemai penghayatan doa harian dalam kalangan jemaah dan pengunjung. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan berasaskan Model ADDIE (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian) bagi menghasilkan sebuah laman web berunsurkan doa-doa harian yang dihubungkan melalui kod QR yang diletakkan secara strategik di sekitar masjid. Data diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian lapangan dan soal selidik yang melibatkan pihak pengurusan masjid serta responden awam. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini telah berjaya meningkatkan literasi doa dalam kalangan pengguna, mewujudkan interaksi digital yang mesra pengguna, serta menghidupkan suasana masjid sebagai pusat penyebaran ilmu secara moden dan inklusif. Tambahan pula, inisiatif ini membuka ruang baru kepada masjid untuk menjadi pemangkin dakwah digital secara efisien dan menarik minat generasi muda. Artikel ini mencadangkan agar pendekatan seumpama ini diperluaskan ke masjid-masjid lain, di samping memperkukuh kandungan digital dengan elemen interaktif tambahan seperti audio, video dan pautan rujukan ilmiah. Kesimpulannya, integrasi teknologi QR dalam ruang ibadah bukan sahaja memudahkan capaian maklumat, malah mampu menghidupkan kembali fungsi masjid sebagai institusi ilmu dan tarbiah.msKod QRpenghayatan doateknologi digital IslamADDIEmasjid interaktifPulau Pangkor.QR codeprayer appreciationIslamic digital technologyinteractive mosquePangkor Island.Integrasi Kod QR dalam Penghayatan Doa Harian: Kajian Kes Masjid Al-Khairiah, Pulau Pangkortext::conference output::conference proceedings::conference paper774784