Nur Aina AbdulahNorhoneydatie Abdul Manap2024-06-162024-06-1620232024-2-16Nur Aina Abdulah, Norhoneydatie Abdul Manap. 2023. Perlembagaan Ngo Islam Di Malaysia: Analisis Terhadap Keperluan Pembentukan Garis Panduan. Journal of Contemporary Islamic Law. 8(2): 46-52.2976-39162544-610.26475/jcil.2023.8.2.06https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/19993https://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2023/12/6-Abdullah-Abdul-Manap-2023.pdfJournal of Contemporary Islamic Law. Volume 8 Issue 2 Page (46-52)Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia adalah sebuah pertubuhan sosial yang memainkan peranan yang penting dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan sama ada dalam atau luar negara. Ia didaftarkan di bawah agensiagensi pendaftaran pertubuhan dan tertakluk kepada undang-undang dan akta yang mengikatnya. Permasalahannya adalah ketidakseragaman perlembagaan dan dasar NGO Islam di Malaysia yang datang dalam pelbagai bentuk. Tambahan pula dengan ketiadaan satu pusat informasi setempat yang boleh dirujuk bagi mendapatkan maklumat berkaitan penubuhan NGO dari setiap agensi pendaftar pertubuhan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis keperluan NGO Islam di Malaysia terhadap pembentukan garis panduan perlembagaan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis elemen perundangan dalam pembentukan sesebuah perlembagaan. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk kajian kes. Data dikumpul dari dua sumber, iaitu temu bual dan analisis dokumen seperti perlembagaan organisasi. Hasil kajian mendapati bahawa perlunya ada satu garis panduan kepada pembentukan perlembagaan NGO Islam di Malaysia agar ia menjadi rujukan dan panduan kepada semua terutamanya bagi mereka yang ingin menubuhkan pertubuhan yang baharu. Garis panduan perlembagaan itu hendaklah mencakupi elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah perlembagaan dan dasar organisasi NGO Islam demi memastikan ketelusan dan tadbirurus yang baik dan profesional.msDasargaris panduankeperluanorganisasi bukan kerajaan (NGO)perlembagaanPerlembagaan Ngo Islam Di Malaysia: Analisis Terhadap Keperluan Pembentukan Garis PanduanThe Constitution of Islamic Non-Governmental Organizations in Malaysia: An Analytical Assessment of the Need for Establishing Guidelinestext::journal::journal article465282